Posted by Puan Ummi | Posted in Takhsin Solat , Unit Bimbingan dan Kaunseling
Program Takhsin Solat Siri Ke 2 Ramadhan 1435
Ustaz Zafri dari Darul Ulum Beserah Kuantan menyampaikan Ceramah Takhsin SOlat dengan begitu menarik sekali.
Cikgu Mohamad Fairus, Guru Penyelaras Tingkatan 3 sedang mengacarakan program.
Puan Suzilah @ Teacher Suzi, Ketua Bidang Bahasa menyampaikan cenderahati.
Alhamdulillah pada 24 Julai 2014 telah diadakan Program Takhsin Solat di Dewan Bestari dan Surau SMK Lepar Hilir. Program bermula pada pukul 9.20 dan tamat pada 12.40 petang.
Program ini adalah susulan Program Takhsin Solat yang saya kendalikan secara bersendirian dalam sesi kelompok kecil. Alhamdulillah gabungan bersama Unit Bina Insan sangat mantap. Tambahan pula penceramah yang bersahaja, Ustaz Zafri dari Madrasah Darul Ulum Beserah bersama pasukannya sangat membantu anak-anak Lepar Hilir.