Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Ringkasan Karangan Kebaikan program kitar semula

Ringkasan Karangan Kebaikan program kitar semula

Bahagian A (i): Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan program kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan


Sejak tahun-tahun belakangan ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan kerana kawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semula adalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahan buangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan dengan baik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.



Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dan diproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam hal ini mengitar semula penting untuk  menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlah murah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebab itu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaan membersihkan keadaan persekitaran.


Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minuman dan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahan berkenaan  tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.


Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orang ramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersih kehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.


Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui program tersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan peranan masing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahui tempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersih akan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.



Bahagian A (ii): Pemahaman
  1. Berikan maksud memainkan peranan dalam petikan.[2 markah]
  2. Apakah bahan-bahan sampah yang boleh dikitar semula dan kegunaannya dalam industri pembuatan? [4 markah]
  3. Program kitar semula tidak mendapat sambutan daripada kebanyakan masyarakat. Pada pendapat anda,  mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]
Ringkasan contoh:


Antara kebaikan program kitar semula adalah dapat mengurangkan jumlah sampah yang dibuang  dan  seterusnya dapat menjimatkan kos pengurusan sampah oleh pihak yang bertanggungjawab.  Di samping itu program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu, malahan ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumber pendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual.  Sterusnya program kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripada pencemaran dan yang lebih penting program tersebut  dapat mendidik masyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar.
(80 patah perkataan.)


Jawapan Pemahaman
  1. Maksud  dapat memainkan peranan ialah boleh melakukan tugas.
  2. Bahan-bahan sampah yang boleh dikitar semula ialah kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Selain itu, besi buruk boleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Manakala, botol minuman dan bekas makanan plastik pula boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan barangan plastik.
  3. Pada pendapat saya,  program kitar semula tidak mendapat sambutan daripada kebanyakan masyarakati ialah kurangnya kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.  Selain itu, masyarakat juga beranggapan menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab kerajaan.

Comments (2)

Good for knowledge

Thank You ....

Post a Comment

Powered by Blogger.