Malaysia

Kit Biasiswa

87 Senarai Biasiswa & Pinjaman Pelajaran Malaysia 2013 / 2014

Followers

Sejarah Kewujudan Blog Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini adalah blog peribadi saya berkaitan intervensi . Intervensi atau pemulihan yang difokuskan kepada pelajar yang lemah atahap penguasaan Membaca dan menulis pada tahun 2013.Kebetulan, ramai peserta intervensi saya pada tahun tersebut terdiri daripada anak PERHATI. Oleh itu kedapatan entry yang terlalu ringkas. Bagaimanapun, tiada gambar progam buat masa ini saya muatnaik di sini kerana bekas pelajar-pelajar di bawah seliaan saya tidak mahu wajah mereka dimuatnaik di sini.

Blog ini diwujudkan bagi memudahkan saya membuat rujukan dan berkongsi bahan secara online. Ini adalah kerana saya terlibat dengan Program Intervensi Tingkatan 3 dan 5 (Calon PT3 dan SPM ) ketika saya masih bertugas di SMK Lepar Hilir.

Selain memuatkan bahan Bahasa Melayu, bahan berkaitan SPM Matapelajaran Sejarah turut saya muatkan di sini sebagai kemudahan untuk saya menjalankan tugas pemulihan secara lebih berfokus. Ini kerana, mulai tahun 2013, matapelajaran Sejarah merupakan matapelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, Sejarah juga merupakan option saya di universiti dahulu.

Program yang saya ringkaskan kepada PRODTAS adalah ringkasan kepada akronim Program Pemulihan Bahasa Melayu, Pemantapan Jatidiri dan Takhsin Solat.

Kini, saya tidak lagi bertugas di SMK Lepar Hilir. Namun blog ini terus saya wujudkan sebagai khidmat sosial saya kepada masyarakat, InshaAllah. Blog ini terus diwujudkan atas sokongan Pengetua SMK Lepar Hilir 2016, Encik Shaharin b Abdullah. Begitu juga, terima kasih atas sokongan En Rahimin, Pegawai PPD Kuantan.

Semoga Allah membantu saya dan memudahkan urusan saya di tempat kerja saya yang baru. Kepada sahabat-sahabat yang mengenali saya dari dahulu iaitu ketika saya sebagai seorang 'bed-ridden', terima kasih atas doa dan sokongan kalian yang tidak pernah henti-henti. Khususnya kepada sahabat-sahabat guru di SMK Jengka Pusat 2 dan MGKK Maran, Pahang. Juga ucapa terima kasih kepada MGKK Kuantan (Puan Shireen Abdul Latif, Pengerusi MGKK Kuantan) dan MGKK Pahang (Presiden Cikgu Hasmawi dan Mantan Presiden Cikgu Rizal )serta khusunya buat warga pendidik serta masyarakat penduduk Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang. Semoga di atas nikmat kesihatan kini, dapat saya manfaatkan untuk mereka yang memerlukannya. Amin. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita. Amin.


Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012

Sejarah SPM : Analisis Perincian Tajuk Sejarah SPM 2012

Ini hanyalah jangkaan berdasarkan soalan-soalan trial negeri,jadi manfaatkan semaksima yang mungkin.Jika kalian serius dan disiplin membuat rujukan dan latihan sejarah,tak mustahil A+++++++++++…
BAB 1 TAMADUN AWAL Tamadun Hwang Ho ( MELAKA )
1.Dua buah dinasti yang memerintah
2.Sumbangan
3.Kemajuan dalam pertanian
4.Usaha membangunkan sektor pertanian



BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN Tamadun China dan India ( KELANTAN,PERAK, SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING, SBP)
1.Sumbangan dalam ekonomi – pertanian dan perdagangan
2.Monumen tinggalan sejarah
3.Pendidikan, senibina, sains dan teknologi ( semua tamadun )
4.Kebaikan persatuan perdagangan dan perusahaan
5.Bagaimana ekonomi Negara dapat ditingkatkan (KBKK)
6.Mengapa masyarakat memajukan sains dan teknologi (KBKK)
7.Kesan perkembangan sains dan teknologi terhadap kehidupan manusia (KBKK)
8.Usaha meningkatkan kemajuan sains dan teknologi (KBKK)




BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Kerajaan Maritim (KEDAH TUA DAN SRIVIJAYA)(JPN KEDAH)
1.Faktor perkembangan
2.Srivijaya sebagai kerajaan maritime
3.Kemajuan dalam bidang perdagangan (KBKK)

Pengaruh Hindu dan Buddha ( NEGERI SEMBILAN )
1.Cara kedatangan
2.Pengaruh Hindu Buddha dalam pentadbiran kerajaan awal
3.Mengapa perlu pertahankan institusi berja di Malaysia (KBKK)

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Hijrah (KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN, MERSING)
1.Maksud
2.Sebab hijrah
3.Peristiwa hijrah
4.Kepentingan hijrah
5.Piagam Madinah
6.Cara nabi Muhammad s.a.w sebar Islam di Madinah
7.Iktibar peristiwa hijrah (KBKK)
8.Ciri-ciri kepimpinan nabi (KBKK)

Pembukaan Semula Kota Makkah(PERAK)
1.Faktor Pembukaan Kota Makkah
2.Kepentingan pembukaan
3.Iktibar pembukaan semula Makkah
4.Peperangan dalam Islam  – tujuan, garispanduan, cara elak peperangan

BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGAN PertembunganTamadun Islam denganTamadun lain di dunia(PERAK, SBP)
1.Cara pertembungan
2.Tamadun terlibat
3.Kesan pertembungan
4.Mengapa Negara perlu tingkatkan kecemerlangan dalam pendidikan(KBKK)
5.Bagaimana anda membantu Negara membina kecemerlangan dalam pendidikan ( KBKK)

BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN BARAT Kedatangan Islam ke Tanah Melayu( TERENGGANU,MELAKA,KELANTAN)
1.Peranan pendakwah Islam di Asia Tenggara.
2.Kesan dalam pemerintahan/pentadbiran dan perundangan
3.Kesan dalam ekonomi – perdagangan, matawang, cukai
4.Ciri-ciri menjadi pemimpin (KBKK)
5.Sumbangan bidang perdagangan kepada Negara ( KBKK)
6.Kesan penyebaran Islam terhadap cara hidup
7.Langkah mengekalkan Malaysia kuasa perdagangan (KBKK)



BAB 9 PERKEMBANGAN  DI EROPAH Perkembangan di Eropah ( KELANTAN, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, SBP)
1.Zaman Gelap – maksud, sebab terjadi, ciri,  sebab berjaya keluar dari zaman gelap, mengapaperdagangan  tidak berkembang
2.Peranan baron
3.Keadaan petani zaman gelap
4.Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan
5.Faktor zaman gelap berakhir
6.Perbandingan sistem feudal dengan Ker. Melayu Melaka.
7.Revolusi Pertanian dan Perindustrian.
8.Iktibar zaman gelap/ bagaimana mampu menyaingi kemajuan Eropah (KBKK)
9.Usaha bagi elakkan zaman gelap berlaku di negara kita. (KBKK)

BAB 10 DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA( TERENGGANU) Kesan-kesan Dasar Ekonomi:
1.Peraturan Tanah sebelum dan selepas kedatanagan British
2.Tujuan peraturan tanah
3.Dua jenis tanah yang diperkenalkan British
4.Peningkatan nilai tanah masa kini – mengapa (KBKK)
5.Cara memajukan sektor hartanah – (KBKK)

TINGKATAN 5
BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA(MELAKA)
1.Ciri-ciri nasionalisme tahap pertama dan kedua di Asia Tenggara
2.Perkembangan nasionalisme di Filipina dan Indonesia
3.Tindakan elakkan penjajahan (KBKK)

BAB 2            NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA(KEDAH, KELANTAN, PERAK,SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MERSING, TERENGGANU, SBP)
1.Faktor pemangkin
2.Gerakan Islah – tokoh, maksud, akhbar, isu perjuangan, halangan,
3.Persatuan Melayu – tujuan, kejayaan dicapai, kegiatan
4.Kesatuan Melayu Muda -  perkembangan , matlamat
5.Faedah menyertai persatuan di sekolah (KBKK)
6.Sikap pemimpin persatuan yang boleh dicontohi (KBKK)
7.Cara membangkitkan nasionalisme di Negara kita (KBKK)
8.Aktiviti memupuk semangat patriotic (KBKK)
9.Islah membantu memaju pemikiran / sumbangan gerakan Islah (KBKK)
10.Cabaran Malaysia menjadi negara maju (KBKK)
11.Adakah system pendidikan Malaysia dapat lahirkan modal insan cemerlang ? Nyatakan alasan. (KBKK)



BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA ( KEDAH)
1.Warisan Kesultanan Melayu Melaka
2.Unsur demokrasi dalam adat perpatih di Negeri Sembilan
3.Sebab-sebab institusi raja perlu dihormati (KBKK)

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA (PERAK , NEGERI SEMBILAN )
1.Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
-  Tokoh terlibat, isu menjadi panduan
-  Suruhanjaya Reid – peranan
-  Isi kandungan PTM 1957
-  Kepentingan PTM 1957
2.Bagaimana PTM mendapat kemerdekaan (KBKK)
3.Sumbangan anda mengisi kemerdekaan (KBKK)

BAB 6 PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGANU, PERAK , SELANGOR, NEGERI SEMBILAN , SBP, MELAKA, MERSING, KEDAH )
1.Pembentukan Malaysia
-  Cadangan
-  Negeri yang terlibat
-  Faktor
-  Reaksi
-  Langkah kearah pembentukan
-  Manfaat penubuhan Malaysia
-  Iktibar menjayakan penubuhan Malaysia.

2.SuruhanjayaCobbold
-  Nama ahli
-  Tujuan penubuhan
-  Cadangan

3.Faedah pembentukan Malaysia (KBKK)
4.Bagaimana menjayakan gagasan Malaysia (KBKK)
5.Kerjasama kearah pembentukan Malaysia (KBKK)
6.Ciri-ciri kepimpinan pemimpin dalam usaha pembentukan Malaysia (KBKK)
7.Konsep 1Malaysia sumbangan kepada kemajuan negara(KBKK)



BAB 7 SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA (KELANTAN, TERENGGANU, NEGERI SEMBILAN )
1.Pilihanraya – SPR, Syarat pengundi, Calon, Proses pilihan raya, kepentingan pilihan raya
2.Badan Perundangan – syarat ahli dewan Negara, fungsi badan perundangan, proses lulus undang-undang
3.Peranan anda pastikan pilihan raya berkesan (KBKK)
4.Wajarkah pilihan raya diadakan di sekolah(KBKK)
5.Peranan generasi muda dalam memperkukuhkan system pemerintahan Negara (KBKK)
6.Sebab-sebab badan kehakiman diperlukan di setiap negara (KBKK)

BAB 8 PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN (PERAK, SBP, KEDAH, SELANGOR,TERENGGANU )
1.Pembangunan dan Perpaduan Bangsa
a.Laporan Barnes
b.Penyata Razak
c.Akhta Bahasa Kebangsaan
d.Dasar Kebudayaan Kebangsaan
e.Sukan Untuk Perpaduan – bagaimana boleh pupuk perpaduan
f.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KBKK)
g.Cadangan menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (KBKK)
h.Kepentingan perpaduan kepada Negara(KBKK)
i.Wawasan 2020 – tanggungjawab rakyat (KBKK)

2.Rukun Negara  – mengapa diperkenalkan


BAB 9 MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA(KELANTAN, KEDAH, TERENGGANU, MELAKA, NEGERI SEMBILAN, MERSING, PERAK,SBP)
1.Dasar Luar Malaysia – asas penggubalan, mengapa perlu jalin hubungan dengan negara luar (KBKK), cara tingkatkan imej Negara (KBKK)
2.Perang Dunia 1 -  faktor,peristiwa, kesan,
3.Perang Dunia Kedua – sebab, kesan
4.Malaysia dalam pertubuhan serantau – faedah, sumbangan, kejayaan
5.Langkah elak peperangan dan mewujudkan kesejahteraan (KBKK)
6.Kepentingan semangat setiakawan (KBKK)

Sumber JPN/GC SEJARAH KELANTAN 2012

Comments (0)

Post a Comment

Powered by Blogger.